Saturday, 30 September 2017

diekori pontianak 2

Ada satu malam tu, aku, emak dan bapaku bercadang nak makan malam di luar. Bertolak hampir pukul 9 malam macam tu, sebab emak dan bapaku memang bercadang hendak pergi selesai solat Isyak. Dalam perjalanan tu, boleh tahan juga jauh tempat makan tu (tempat adalah rahsia), atas cadangan emak aku juga, hendak cuba tempat baru. Kereta tentulah bapa ku yang drive, lepas tu masuk dalam satu jalan kecil tu, tapi aku pelik kenapa tiada satu kereta pun yang kelihatan kecuali kereta kami sahaja, tapi aku abaikan sahaja perasaan tu. Dalam leka kami bersembang tiba-tiba saja kereta berhenti. Aku dan emak sudah panik, tentulah kan, sebab tempat tu gelap lain macam,sunyi pula Inipun kami ikut laluan yang disuruh gps. Dah tentulah si gps ni kena sumpah seranah aku, kenapa dia bagi laluan yang salah, fikirkulah ketika tu. Kemudian bapaku buat isyarat diam padaku. Mulut boleh diam! Tepat dan padu, aku cuma kata…. sorrryyyy….terlepas cakap. Kemudian bapaku keluar sendirian, tengok apa masalah yang ada, kemudian masuk kereta semula. Mak pun bertanya, “OK ke?”. Bapaku kata ok, takde masalah. Tapi kenapa kereta boleh berhenti macam tu saja. Memang pelik, tapi aku simpan dan tahan saja persoalan dihati, takut nanti kalau banyak tanya, memang kena super leteran tahap dewa by mama, haha. Kemudian bapaku pun start kembali enjin kereta, vroommm, maka mengaumlah deruman enjin kereta proton waja, mengalahkan F1, di kepekatan malam itu.
Dan tiba-tiba bapaku pun, “TERIMA KASIH YA, SEBAB TOLONG…!”. Ha! Aku dan mak berpandangan sesama sendiri, kami mula bermonolog dalaman, tapi aku masih boleh faham monolog dalaman mak ‘abah bercakap dengan siapa?’ lebih kurang je ngan aku, haha. Siap melambai lagi, seolah-olah melambai kawan lama. Aku tengok gelap je kat luar tu, semak meninggi paras dada adalah, takkan terima kasih kat semak tu pulakkan. Bergerak saja kereta ke kawasan terang sikit, barulah lega sedikit dihati, kereta sudah banyak di depan mata, tapi perut mula menyanyikan irama syahdu, adui laparnya.
Mak pun bertanyalah pada bapaku, apa yang terjadi tadi, dengan siapa dia ucapkan terima kasih, sebab dia tidak nampak kelibat umat pun. Bapaku pun menjawab, “Adalah..hamba Allah jugak”. Aku pun iyakan ajelah, sebab tak nampak. Akhirnya sampai juga destinasi yang dituju. Ada lagi satu kisah, masa satu malam ketika bapaku pulang dari kerja dalam jam 11 malam (ini diceritakan oleh bapaku), sedang dia tengah bawa motosikal dari Shah Alam ke Meru, dekat tepi jalan tu ada satu pokok besar dan rumah banglo lama yang macam menakutkan disebalik semak samun bak hutan belantara ketika itu, sebelum rumah itu dirobohkan ,tapi pokok besar tu masih berdiri gagah kat tepi jalan tu, sebab tidak boleh hendak tumbangkan, kalau nak tumbangkan pasti ada kecelakaan yang berlaku, kata orang.
Kemudian, sedang leka bawa moto, melepasi kawasan yang disebutkan tadi terus motor jadi berat. Bapaku tak pelik, tapi dia geram, sebab penat balik kerja ada pulak syaitan yang nak menumpang. Rasa-rasanya apa, haa..tak lain dan tak bukan kak pontilah…(nampak clichekan) tengah duduk ayu je kat belakang bapaku. Tapi bapaku tak terus balik rumah, dia bawa jalan-jalan, pusing-pusing keliling Meru, dari jalan Haji Saleh sampai depan jalan Hamzah Alang, pastu dia taknak turun jugak, bapaku dah try pujuk, siap dengan bunga-bunga surah dan ayat ruqyah lagi, masih lagi mendakap erat bapaku. Dan jalan terakhir bapaku singgah station minyaklah, bapaku masuk bilik air dia pergi buang air kecik dan air besar sekali, betul-betul dia bagi dekat kak ponti tu pakej, baru puasss.
Itupun keluar saja dari tandas tu, bapaku terus baca ayat apa yang patut, baru boleh gerak balik, takkan nak baca dalam tandaskan. Sesudah tu barulah terasa ringan sikit nak bawa motor pada malam tersebut. Tapi bapaku kata kak ponti ni tak kasar, sebab tu bapaku cuba berlembut sikit, tapi itulah dia tetap taknak lepaskan bapaku, terpaksalah bapaku pindahkan dia di istana menunggu tu, haha,bukan istana menanti tau. Kiranya kes dia lebih kurang si Azmilah. Tapi “awek” Azmi tu garang sangat.
Okeylah, itu sahaja yang mampu aku tuliskan buat tatapan kalian membaca, sampai seru lagi, aku tulis cerita seram yang lebih rare lagi (cewah macam tulis surat cinta pulak), sekian.
.

Friday, 29 September 2017

diekori pontianak 1

Assalamualaikum kepada pembaca setia fs, aku perkenalkan diri sebagai Nana. Selalu sangat baca kisah seram dekat Fiksyen Shasha ni, teringin pula hati ini nak berkongsi kisah seram aku di fs ni. Sebenarnya ini bukan sahaja kisah aku tapi termasuklah bapa dan emak aku juga. Sebenarnya sebelum bapaku kemalangan motosikal sewaktu hendak ke tempat kerja di area Shah Alam pada tahun 2010, dia kiranya pandailah juga dalam mengubat orang ,seperti terkena buatan orang, histeria ke dan ada benda nak mendamping ke, lebih kurang macam tu.
Sebab semasa remaja, dia pernah belajar di pondok, mendalami ilmu agama. Kemudian dah belajar di pondok, dia belajar ilmu persilatan. Itu adalah serba sedikit tentang diri dia, sebelum terlibat secara tidak langsung dalam ilmu perubatan ni. Sebab selepas kemalangan tu dia tak boleh buat kerja berat-berat, kalau ubatkan orang pun, yang jenis gangguan ringan sahajalah. Dipendekkan cerita, sebab pembaca tak suka mukadimah yang panjangkan. Dalam dua tahun lepas, sepupu aku ada mengurut kawannya (dia pandai juga urut sikit-sikit, tapi tak boleh scan), aku gelarkannya Azmi lah ya. Kawan Azmi minta urutkan, tengkuk dan bahunya sakit-sakit, seperti kena hempap. Berat rasanya hendak bawa badan katanyalah.
Si Azmi ni urutlah macam biasa. Hari berganti hari dan seminggu pun berlalu. Lepas tu muncullah Azmi ke rumah ku untuk berjumpa bapaku. Dia minta bapaku tolong urutkan badannya sebab terasa sakit. Keadaannya sakitnya tu sama saja seperti kawan yang dia urut minggu sudah. Bapaku cubalah urut bahu Azmi dan adalah bacaan yang dibaca, tapi perlahan sahaja. Selesai urut-urut sikit, bapaku cuma tepuk sekali sahaja tengkuknya, sudah selesai. Azmi terkejut, cepatnya urut. Bapaku berpesan, kalau nak urut tengok-tengoklah dulu, ini tidak main urut je. Terkebil-kebil Azmi cuba untuk memahami.
Jelas bapaku lagi, sebenarnya ada pontianak memaut bahu kawannya, sebab tu dia terasa sakit dan berat, kemudian semasa mengurut kawannya itulah kak pontianak ni sudah terbekenan pulak kat si Azmi ni, maka berpindahlah dia ke bahu Azmi. Patutlah masa Azmi melangkah masuk ke rumahku, lalu saja Azmi dihadapan ku terus mencanak naik bulu roma ditengkuk dan dilengan, terasa kembang saja tengkuk dan lenganku macam kucing nak bergaduh lagaknya. Terfikir pula dihati, manalah agaknya si kawan Azmi ni pergi sehingga kak pontianak dah “terpaut” padanya sehingga terpindah pula dibahu Azmi, boleh tahan mata keranjang juga kak ponti ni, pantang nampak lelaki berkumis dan berkening tebal, hahaha.
Tapi pada malam tersebut ketika bapaku tengah tidur, dia bermimpi didatangi pontianak tersebut, sebab marahkan bapaku pisahkan dia dengan Azmi. Bapaku marahlah, suruh cari rumah lain, sebab diakan syaitan, pontianak pula tu, macam lah lawa sangat. Dalam bertegang urat dan berlawan cara batin dalam mimpi tu, akhirnya kak ponti tu mengalah. Esoknya Azmi call, dia beritahu pada bapaku, dia terdengar bunyi perempuan menangis luar biliknya, sayu je. Tidak lama kemudian hendak dekat azan subuh baru suara tangisan tu hilang. Sedih pulak rasanya cinta antara dua alam, huhu. Tapi pergi jahanamlah kat pontianak tu kan.

Thursday, 28 September 2017

gula gula 2

(Cerita Abang aku)
Budak lelaki kan, mane reti duduk rumah malam malam. kerja nak merayap je. lagi lagi bila dah ada moto. Satu hari tu dia balik dlam pukul 2 pagi, dekat jalan simpang nak kerumah aku juga, dia nampak 3 ekor pocong tengah melompat. Elok je pocong tu berbaris dan melompat bersama-sama macam org buat perbarisan tu…
Terus dia pecut moto honda bulat arwah atok aku yang tak berapa nak laju tu. Sampai rumah terus dia masuk bilik aku dengan adik aku, baring kat tengah2 kita org sambil tarik selimut tutup badan dia laju-laju. Aku masa tu dah bising dekat dia sebab menyemak masuk bilik org. Lepastu ibu aku masuk bilik tanya abang aku kenapa, sebab kebetulan ibu aku bangun nak pergi tandas, nampak abg aku kelam kabut masuk bilik. Abang aku cerita lah apa yang jadi sampai menggigil-gigil badan dia. aku yang dengar cerita dia terus lari kat sbelah adik aku yang tengah tidur nyenyak , kalau letak bom pon dia tak sedar. 2 minggu abang aku demam. 2 bulan juga dia tak keluar rumah malam-malam. Hahahahaha… Padan muka…
Aku dengar ada org cakap pocong sebenarnya dia berguling bukan melompat. Tapi Waallahualam lah. Apa pon dia mahluk Allah s.w.t juga. Jangan takut dengan dia tapi takut pada yang maha Esa. (Kalau aku nampak pon sebenarnya aku takut juga, Hahaha)
Setakat ni je dulu cerita aku. Nanti aku sambung tentang pontianak yg suka duduk atas atap rumah jiran aku.
pss: aku aku bukan penulis hebat. Ini je yang aku mampu buat. Salam

Wednesday, 27 September 2017

gula gula 1

Salam warga FS. Saya Hani (bukan nama sebenar). Selama ni saya hanya jadi pembaca je. Kali ni saya nak bercerita satu cerita yang bagi saya agak seram, tapi tak tahu lah dengan korang seram atau tak.
Ok jum start…..
(cerita sepupu aku)
kejadian ni berlaku dekat negeri belah selatan. Tak nak bagi tahu kat mana, rahsia. Dia ni kerja balik malam and dia ni stay rumah family aku. Biasa lah kan , jiwa remaja, suka lepak sampai tengah malam. sepupu aku ni perempuan (jangan kecam ea dia keluar malam..haha). Satu hari tu dia balik dengan kawan dia, then sampai satu simpang tu, kawan dia terlepas simpang ke kiri. lepastu dia suruh kawan di undur sikit. Masa nak undur tu lah dia nampak… jenjengjeng…. dia nampak hantu gula-gula a.k.a pocong dok diri tegak macam tiang elektrik. Dia kata masa tu dia tak lah cuak sangat.
Part yang membuatkan dia cuak, bila pocong tu lompat ( bukan lompat biasa ea, lompat dia lain macam. dia bukan setakat tunduk sikit pastu lompat, tapi dia tunduk tu betul betul tunduk baru lompat).beberapa tapak pocong tu lompat, lepastu pocong tu jatuhkan badan ni then bergolek depan kereta dia. dia cerita benda tu jadi dengan pantas.
Terus kawan dia undur laju laju dan terus masuk simpang nak kerumah aku. Lepas tu dah sampai rumah aku, dia dengan kawan dia tak berani nak turun kereta, sudahnya dia call ibu aku suruh amik dia kat depan rumah. Hahahaha. Menggigil wey badan dia. Ibu aku cakap, cong tu bagi amaran jangan balik lewat, lagi-lagi anak dara. Hahahaha. Seminggu je dia balik awal, lepastu tak serik-serik lagi. Masih lagi balik lambat. Apa nak jadi.

Tuesday, 26 September 2017

asrama matrik pahang 2

Tak lama lepas tu, dalam 2 – 3 minit, aku dapat rasakan seperti ada benda merayap di bahagian kaki sebelah kiri. Aku buka selimut nak tengok kot2 kak Nah nak ajak tidur skali. Sebaik saja aku buka selimut, terus nampak seorang perempuan tua yang tersangat tuanya dengan rambut mengerbang sambil tersenyum ‘manis’ tengah merangkak menuju ke aku. Sempat jugak kami bermain mata menatap satu sama lain untuk beberapa minit. Ketika itu ketukan dipintu dah senyap. Aku punya rasa takut cepat2 selubung balik dalam selimut dan tendang perempuan tua tu berkali2. Aku tak tahulah kena atau tak pompuan tua tu. Cuma aku berharap dalam hati supaya perempuan tua tu fahamlah yang aku tak suka kehadiran dia. Tak rela berkongsi katil dengan dia.
Aku tak sedar pukul berapa aku terlelap. Sedar-sedar dah pagi. Keesokan harinya, aku bercerita dengan kak Nah dan kak Sah. Rupa-rupanya malam tu kak Nah pun kena kacau. Tapi hanya bisikan-bisikan dan sentuhan manja aje, manakala Kak Sah tidur dengan lena. Dia tak tahu pun apa benda terjadi malam tu.
Hujung minggu lepas kejadian tu, aku pulang ke rumah. Tengah2 best layan cerita dekat TV, tina-tiba mak aku menjerit dan menangis. Aku cepat2 pergi dapatkan mak aku yang tengah tutup mata ketika tu dan bacakan ayatul kursi. Mak aku still juga tak nak buka mata, jadi tak ada pilihan lain. Ayah aku telefon sepupu aku, minta dia datang tengok-tengokkan keadaan mak aku. Sepupu aku ni memang pandai berubat. Dia dapat kebolehan tu secara semulajadi ketika dia remaja. Lepas tu, keadaan mak aku dah makin baik dan dia pun bercerita tentang perkara yang sebenarnya. Dia tengah tengok TV, tiba-tiba dia ternampak aku tengah main cak-cak dengan dia. Mula-mula dia pelik jugak, tapi bila dia amati betul-betul, rupa-rupanya pocong dengan muka nenyerupai aku tengah ajak dia bergurau. Sebab tu dia menangis ketakutan dan terus tutup mata. Sebenarnya menurut sepupu aku, benda tu ikut aku balik. Tempat dia di laluan tandas depan bilik aku. Dia ikut aku balik sebab aku selalu ke tandas lewat malam dan suka curah air panas dalam tandas. Air panas tu merujuk kepada air maggi yang aku buang dalam sink. Lepas tu, aku dimarahi dan dinasihatkan supaya jangan suka tidur lambat dan jangan ke tandas berseorangan pada lewat malam.
Itu sahaja yang ingin aku ceritakan kali ini. Maaf jika kisah ini tak menarik, tapi ianya adalah kisah benar yang aku sendiri lalui. Jika dapat sambutan baik, in sha Allah aku akan bercerita lagi kisah – kisah lain pada masa hadapan.
Terima kasih kepada semua pembaca FS dan jangan kecam saya budak baru nak belajar bercerita

Monday, 25 September 2017

asrama matrik pahang 1

Hai dan Assalamualaikum kepada semua pembaca FS sekalian. Aku juga merupakan peminat setia fiksyen shasha. Sebelum itu, aku mengucapkan jutaan terima kasih kepada admin jika beliau menyiarkan cerita aku ini. Izinkan aku perkenalkan diri terlebih dahulu, nama aku Ann (bukan nama sebenar) dan kisah yang aku ingin ceritakan ini adalah ketika aku masih menuntut di sebuah universiti awam yang terletak di negeri penyu.
Kejadian ini berlaku ketika aku berada di semester dua pengajian. Di asrama, aku ditempatkan di blok yang berhampiran dengan jalan biawak. Kebiasaannya bagi penuntut universiti berkenaan pasti mengetahui tentang jalan biawak ini. Kawasan jalan biawak ini adalah kawasan paya dan dulunya kawasan ini tidak dilengkapi lagi dengan kemudahan lampu dan pagar di sepanjang jalan berkenaan. Banyak juga kisah mistik berkaitan dengan jalan biawak ni. Tapi untuk kali ini aku ingin menceritakan kisah mistik yang aku dan rumet hadapi di asrama. Di asrama aku ditempatkan dengan 4 orang roommate, semuanya lebih tua dari aku disebabkan aku adalah penuntut diploma dan yang lainnya ijazah. Bilik kami dilengkapi dengan dua katil double decker. Aku berkongsi katil dengan kak Sah yang mana katil aku di sebelah atas dan Kak Sah di bawah. Dua lagi adalah kak Nah dan Kak Yan. Kak Yan jarang ada di bilik. Selalunya dia akan bermalam di rumah kawan ataupun rumah keluarga bf nya. Manakala kedudukan bilik kami pula adalah betul-betul di depan tandas dan selang 2 bilik di hujung koridor. Maaf sedikit panjang intro, ini disebabkan ianya akan berkaitan dengan cerita yang aku ingin ceritakan.
Alkisahnya bermula pada minggu exam. Asrama sedikit lengang dan banyak cerita – cerita mistik mula disebarkan. Pada mulanya, aku dan roommate langsung tak percaya dan selalu kami tak endahkan cerita – cerita berkenaan. Setiap malam kami selalu tidur lambat dan pada pukul 3 – 4 pagi, mulalah kami nak ke tandas bersihkan diri dan sebagainya. Tapi pada satu malam jam tepat pukul 3 pagi pintu bilik kami diketuk dengan kuat sebanyak 3 kali. Mula2 aku nak buka, tapi ditegah oleh kak Nah. Waktu tu aku, kak Nah dan kak Sah sahaja yang ada dalam bilik. Kak Sah pulan waktu tu dah tidur, jadi tinggal kami berdua jerlah melayan movie memalam. Yalah, selalunya memalam ada je makcik2, tak pun budak2 yang suka berjual beli. Bila memasing buat tak tahu jer, makin lama makin kuat pulak ketukan pintu. Bertalu-talu bagai nak tercabut pintu tu. Lepas tu, kami dengar bunyi macam orang mengerang dekat luar pintu. Makin lama makin kuat. Waktu tu masing2 dah cuak. Kak Nah pun cepat2 suruh aku tidur. Katil kak Nah di bahagian bawah manakala aku di bahagian atas. Naik je atas katil, cepat2 aku selubung dengan selimut.

paranoid

Cerita 1 : 3 tahun lepas, adik ipar abang aku berkahwin. Tapi kenduri tu aku x dapat pergi sebab ada masalah sikit. Lepas habis kenduri do...