Salah satu hobi aku ialah mengumpul cerita seram. Aku suka semua literatur yang berkaitan dengan dunia paranormal dan minat aku hanya setakat itu sahaja. Aku bukan pencari hantu macam Uncle Seeker. Aku ni jenis bila ko cakap “aku ada cerita hantu” je handphone aku dah siap di tangan untuk merakam.
Aktiviti pengumpulan aku bermula pada tahun 2005 apabila aku mula pakai handphone Sony Ericsson. Thanks to the audio recording function, aku mula merakam cerita-cerita seram yang disampaikan secara lisan. Sumber aku ialah orang-orang dalam hidup aku sehari-hari…kawan, kawan kepada kawan, keluarga, kenalan kepada keluarga dan sebagainya lah. Pendek kata, aku ni boleh tahan tak tau malu jugak lah suka hati je tanya orang randomly ada cerita hantu ke tak.
Boleh dikatakan aku dah mengumpul dekat 100 rakaman cerita hantu sejak dari 2005 sampai 2013. Lepas handphone aku kena rembat kat depan LRT Bandaraya 2 tahun lepas, aku malas nak buat collection dah sebab dalam handphone tu ada 5-6 rakaman yang aku tak transfer lagi.
Baru-baru ni aku transfer collection audio cerita seram ke cloud storage sambil layan semula recording-recording lama. Koleksi aku takdelah best mana pun sebab banyak cerita ulang-ulang terutamanya urban legends yang semua orang dah tau. Tapi salah satu yang menarik perhatian aku ialah kisah dari seorang security guard berbangsa Nepal.
Orang Nepal ni housemate aku sewaktu aku menyewa bilik di Balakong. Mamat Nepal ni kerja security guard dekat universiti aku dan nama dia Rishi. Disebabkan dia jaga shift malam, so jarang la aku jumpa kat rumah. Ada lah satu hari tu aku melepak dengan dia kat hall rumah, Borak-borak lama sikit tau lah serba sikit pasal Rishi ni. Rishi time tu dah 2 tahun kat Malaysia dan boleh speaking English, melayu tak berapa fasih.
Aku tanya dia banyak ke gaji security guard ni, dan Rishi cakap kalau tak banyak takdela jauh-jauh datang dari Nepal ke Malaysia cari duit. Aku tanya lagi, berapa gaji ko Rishi?
Rishi cakap, kerja kat universiti tu ok lah gajinya, tapi sebelum dia jadi security guard kat universiti aku, dia ada jadi jaga kat rumah orang. Gaji kat sana lagi tinggi. Dalam RM10 ribu.
Of course aku tak percaya, tapi aku layankan je. Aku tanya Rishi kenapa berhenti kalau gaji besar macam tu?
The moment Rishi cakap “rumah ada hantu”, aku tak tanya banyak…terus keluar handphone, buka audio recording dan tekan record.
Salah seorang rakan sekerja bagitau Rishi ada security job kat Bukit Tunku untuk graveyard shift 5 hari seminggu. Masa tu Rishi jadi guard kat kondo area Melawati dan dia tak suka kerja disitu, so memang mencari kerja tempat lain. Apa yang buat job tu menarik, gaji dibayar harian dan cash on the spot untuk setiap shift yang dia buat.
Kawan Rishi cakap kalau berminat, dia suruh contact orang ni. Long story short, Rishi berjumpa dengan client yang offer job tu kat mamak area Kota Damansara.
Client tu ialah seorang apek tua dan Rishi macam tak percaya dengan offer kerjanya. Jadi security guard rumah kosong dengan gaji RM400+ sehari dimana akan dibayar selepas shift tamat, on top of that Sabtu dan Ahad adalah off days. Now, Rishi bukan sebulan dua jadi security guard, dan dia tahu this kind of offer mesti ada something yang orang tua tu tak bagitahu. Bak kata pepatah inggeris, if it sounds to good to be true, then it is.
Rishi bertanya ke apek tua, what’s the catch? dan apek tua tu balas, itu je yang kau patut tau dan mahu atau tak?
Apa yang apek tua tu bagitau Rishi;
– Shift dari pukul 6 petang sampai 8 pagi keesokan harinya.
– Coverage area hanya sekitar luar rumah. Rishi di larang masuk ke dalam rumah.
– Pengangkutan pergi dan pulang disediakan sepanjang 5 hari bekerja.
– Upah hanya akan dibayar selepas shift tamat.
– Coverage area hanya sekitar luar rumah. Rishi di larang masuk ke dalam rumah.
– Pengangkutan pergi dan pulang disediakan sepanjang 5 hari bekerja.
– Upah hanya akan dibayar selepas shift tamat.
Rishi tiada masalah dengan semua tu tapi ada satu arahan yang Rishi rasa agak pelik, setiap hari dia kena switch off fuse box rumah tu pada pukul 2 pagi. Termasuklah Sabtu dan Ahad dimana Rishi kena singgah kejap semata-mata nak switch off fuse box.
Berulang-ulang apek tu cakap kena make sure switch off fuse box pukul 2 pagi. Bila Rishi cakap, kalau camtu dia tutup aja lah suis awal-awal, tapi berkeras client dia cakap kena tutup juga pukul 2 pagi, biarlah sebelum tu Rishi dah tutup berpuluh kali. Yang penting fuse box rumah kena di turn off pukul 2 pagi.
Gaji besar dan off days 2 hari, mana nak dapat kerja security macam tu. Walaupun macam ada yang tak kena tapi offer tu terlalu menarik untuk Rishi tolak, maka tanpa berfikir panjang, Rishi pun bersetuju.
Hari pertama dia bekerja, Rishi dijemput oleh van putih dan dia ingat lagi yang van tu masuk ke Jalan Parlimen, lepas tu masuk ke Tugu Negara kemudian terus ke dalam lagi, ada pusing round about kecil dan sampai ke tempat kerja.
Tiada apa yang menyeramkan tentang rumah itu sewaktu Rishi pertama kali sampai. Kalau nak banding dengan rumah lain kat area situ, nampak lah design outdatednya. Lamannya luas dan dikelilingi oleh hutan belukar tapi takdela tersorok sangat kerana dari post guard, Rishi boleh dengar trafik dari Mahameru. Rumputnya terjaga rapi dan ada kereta kancil kat parking bay. Maknanya rumah tu tak terbiar, cuma tak berpenghuni. Sebaik sahaje van meninggalkan perkarangan rumah, Rishi saja round sekeliling. Fuse box terletak di luar dinding belakang rumah dan agak tinggi kedudukannya, so Rishi kena pakai cota kalau nak tutup suis.
Xde smbungan cerite ke boss?
ReplyDelete