Saturday, 30 September 2017

diekori pontianak 2

Ada satu malam tu, aku, emak dan bapaku bercadang nak makan malam di luar. Bertolak hampir pukul 9 malam macam tu, sebab emak dan bapaku memang bercadang hendak pergi selesai solat Isyak. Dalam perjalanan tu, boleh tahan juga jauh tempat makan tu (tempat adalah rahsia), atas cadangan emak aku juga, hendak cuba tempat baru. Kereta tentulah bapa ku yang drive, lepas tu masuk dalam satu jalan kecil tu, tapi aku pelik kenapa tiada satu kereta pun yang kelihatan kecuali kereta kami sahaja, tapi aku abaikan sahaja perasaan tu. Dalam leka kami bersembang tiba-tiba saja kereta berhenti. Aku dan emak sudah panik, tentulah kan, sebab tempat tu gelap lain macam,sunyi pula Inipun kami ikut laluan yang disuruh gps. Dah tentulah si gps ni kena sumpah seranah aku, kenapa dia bagi laluan yang salah, fikirkulah ketika tu. Kemudian bapaku buat isyarat diam padaku. Mulut boleh diam! Tepat dan padu, aku cuma kata…. sorrryyyy….terlepas cakap. Kemudian bapaku keluar sendirian, tengok apa masalah yang ada, kemudian masuk kereta semula. Mak pun bertanya, “OK ke?”. Bapaku kata ok, takde masalah. Tapi kenapa kereta boleh berhenti macam tu saja. Memang pelik, tapi aku simpan dan tahan saja persoalan dihati, takut nanti kalau banyak tanya, memang kena super leteran tahap dewa by mama, haha. Kemudian bapaku pun start kembali enjin kereta, vroommm, maka mengaumlah deruman enjin kereta proton waja, mengalahkan F1, di kepekatan malam itu.
Dan tiba-tiba bapaku pun, “TERIMA KASIH YA, SEBAB TOLONG…!”. Ha! Aku dan mak berpandangan sesama sendiri, kami mula bermonolog dalaman, tapi aku masih boleh faham monolog dalaman mak ‘abah bercakap dengan siapa?’ lebih kurang je ngan aku, haha. Siap melambai lagi, seolah-olah melambai kawan lama. Aku tengok gelap je kat luar tu, semak meninggi paras dada adalah, takkan terima kasih kat semak tu pulakkan. Bergerak saja kereta ke kawasan terang sikit, barulah lega sedikit dihati, kereta sudah banyak di depan mata, tapi perut mula menyanyikan irama syahdu, adui laparnya.
Mak pun bertanyalah pada bapaku, apa yang terjadi tadi, dengan siapa dia ucapkan terima kasih, sebab dia tidak nampak kelibat umat pun. Bapaku pun menjawab, “Adalah..hamba Allah jugak”. Aku pun iyakan ajelah, sebab tak nampak. Akhirnya sampai juga destinasi yang dituju. Ada lagi satu kisah, masa satu malam ketika bapaku pulang dari kerja dalam jam 11 malam (ini diceritakan oleh bapaku), sedang dia tengah bawa motosikal dari Shah Alam ke Meru, dekat tepi jalan tu ada satu pokok besar dan rumah banglo lama yang macam menakutkan disebalik semak samun bak hutan belantara ketika itu, sebelum rumah itu dirobohkan ,tapi pokok besar tu masih berdiri gagah kat tepi jalan tu, sebab tidak boleh hendak tumbangkan, kalau nak tumbangkan pasti ada kecelakaan yang berlaku, kata orang.
Kemudian, sedang leka bawa moto, melepasi kawasan yang disebutkan tadi terus motor jadi berat. Bapaku tak pelik, tapi dia geram, sebab penat balik kerja ada pulak syaitan yang nak menumpang. Rasa-rasanya apa, haa..tak lain dan tak bukan kak pontilah…(nampak clichekan) tengah duduk ayu je kat belakang bapaku. Tapi bapaku tak terus balik rumah, dia bawa jalan-jalan, pusing-pusing keliling Meru, dari jalan Haji Saleh sampai depan jalan Hamzah Alang, pastu dia taknak turun jugak, bapaku dah try pujuk, siap dengan bunga-bunga surah dan ayat ruqyah lagi, masih lagi mendakap erat bapaku. Dan jalan terakhir bapaku singgah station minyaklah, bapaku masuk bilik air dia pergi buang air kecik dan air besar sekali, betul-betul dia bagi dekat kak ponti tu pakej, baru puasss.
Itupun keluar saja dari tandas tu, bapaku terus baca ayat apa yang patut, baru boleh gerak balik, takkan nak baca dalam tandaskan. Sesudah tu barulah terasa ringan sikit nak bawa motor pada malam tersebut. Tapi bapaku kata kak ponti ni tak kasar, sebab tu bapaku cuba berlembut sikit, tapi itulah dia tetap taknak lepaskan bapaku, terpaksalah bapaku pindahkan dia di istana menunggu tu, haha,bukan istana menanti tau. Kiranya kes dia lebih kurang si Azmilah. Tapi “awek” Azmi tu garang sangat.
Okeylah, itu sahaja yang mampu aku tuliskan buat tatapan kalian membaca, sampai seru lagi, aku tulis cerita seram yang lebih rare lagi (cewah macam tulis surat cinta pulak), sekian.
.

No comments:

Post a Comment

paranoid

Cerita 1 : 3 tahun lepas, adik ipar abang aku berkahwin. Tapi kenduri tu aku x dapat pergi sebab ada masalah sikit. Lepas habis kenduri do...