Hai dan Assalamualaikum kepada semua pembaca FS sekalian. Aku juga merupakan peminat setia fiksyen shasha. Sebelum itu, aku mengucapkan jutaan terima kasih kepada admin jika beliau menyiarkan cerita aku ini. Izinkan aku perkenalkan diri terlebih dahulu, nama aku Ann (bukan nama sebenar) dan kisah yang aku ingin ceritakan ini adalah ketika aku masih menuntut di sebuah universiti awam yang terletak di negeri penyu.
Kejadian ini berlaku ketika aku berada di semester dua pengajian. Di asrama, aku ditempatkan di blok yang berhampiran dengan jalan biawak. Kebiasaannya bagi penuntut universiti berkenaan pasti mengetahui tentang jalan biawak ini. Kawasan jalan biawak ini adalah kawasan paya dan dulunya kawasan ini tidak dilengkapi lagi dengan kemudahan lampu dan pagar di sepanjang jalan berkenaan. Banyak juga kisah mistik berkaitan dengan jalan biawak ni. Tapi untuk kali ini aku ingin menceritakan kisah mistik yang aku dan rumet hadapi di asrama. Di asrama aku ditempatkan dengan 4 orang roommate, semuanya lebih tua dari aku disebabkan aku adalah penuntut diploma dan yang lainnya ijazah. Bilik kami dilengkapi dengan dua katil double decker. Aku berkongsi katil dengan kak Sah yang mana katil aku di sebelah atas dan Kak Sah di bawah. Dua lagi adalah kak Nah dan Kak Yan. Kak Yan jarang ada di bilik. Selalunya dia akan bermalam di rumah kawan ataupun rumah keluarga bf nya. Manakala kedudukan bilik kami pula adalah betul-betul di depan tandas dan selang 2 bilik di hujung koridor. Maaf sedikit panjang intro, ini disebabkan ianya akan berkaitan dengan cerita yang aku ingin ceritakan.
Alkisahnya bermula pada minggu exam. Asrama sedikit lengang dan banyak cerita – cerita mistik mula disebarkan. Pada mulanya, aku dan roommate langsung tak percaya dan selalu kami tak endahkan cerita – cerita berkenaan. Setiap malam kami selalu tidur lambat dan pada pukul 3 – 4 pagi, mulalah kami nak ke tandas bersihkan diri dan sebagainya. Tapi pada satu malam jam tepat pukul 3 pagi pintu bilik kami diketuk dengan kuat sebanyak 3 kali. Mula2 aku nak buka, tapi ditegah oleh kak Nah. Waktu tu aku, kak Nah dan kak Sah sahaja yang ada dalam bilik. Kak Sah pulan waktu tu dah tidur, jadi tinggal kami berdua jerlah melayan movie memalam. Yalah, selalunya memalam ada je makcik2, tak pun budak2 yang suka berjual beli. Bila memasing buat tak tahu jer, makin lama makin kuat pulak ketukan pintu. Bertalu-talu bagai nak tercabut pintu tu. Lepas tu, kami dengar bunyi macam orang mengerang dekat luar pintu. Makin lama makin kuat. Waktu tu masing2 dah cuak. Kak Nah pun cepat2 suruh aku tidur. Katil kak Nah di bahagian bawah manakala aku di bahagian atas. Naik je atas katil, cepat2 aku selubung dengan selimut.
No comments:
Post a Comment