Wednesday, 4 October 2017

paranoid

Cerita 1 :
3 tahun lepas, adik ipar abang aku berkahwin. Tapi kenduri tu aku x dapat pergi sebab ada masalah sikit. Lepas habis kenduri dorang pergi lah honeymoon dekat Bukit Tinggi, Pahang. Dorang pergi sekali dengan mak dan ayah belah perempuan. Masa pergi semua ok lagi. Dapat hotel dann check in kat sebuah hotel ni. Tapi aku x tahu pulak nama hotel tu. Dorang cakap situ ja hotel yang ada. Dah check in apa semua, dorang pon rest la dulu. Mak dan ayah dorang bilik sebelah, dorang bilik lain. Elok malam tu dorang tengah tido, tibe2 ada bunyi macam kat atas bumbung.
Dorang ingatkan bunyi kucing je tu. Tapi bunyi tu ada lagi, tapi kali ni dekat bilik air. Bende ni terjadi dalam bilik adik ipar abang ak tu. Nak dipendekkan cerita, habis semua barang dalam bilik tu bersepah. Beg2 dorang pecah terburai macam lepas orang pijak. Bumbung bilik air habis rosak dan tingkap bilik pecah macam angin ribut kuat. Dorang duduk tingkat atas, taip x ingat tingkat berapa. Lastly dorang panggil pihak hotel datang tengok keadaan bilik tu. Pihak hotel x tahu nak cakap apa dan dorang bayar balik ganti rugi. Adik ipar abang aku n wife dia ajak mak ayah mentua semua terus balik x jadi terus bermalam kat situ. Korang rase apa???
Cerita 2 :
Mase ni aku darjah 5 atau 6 camtu lah. Aku duduk dekat taman. Rumah aku betul2 kat simpang 3 jalan taman la kan. Dekat rumah aku ada sorang bomoh, tapi dia baik dengan family aku. Rumah dia x jauh dari rumah aku. Lebih kurang 10 meter ja. Ada satu malam ni, mak aku pergi rumah bomoh ni, dorang nak pegi buat air tawar dan ambil air bukit kat rumh kawan bomoh ni. Tapi mak aku lupa bawa botol. Pastu mak aku call la suruh aku bawa botol pergi ke rumah bomoh tu. Bila aku siap nak pergi bagi botol tu, keluar ja dari rumah aku capai basikal aku. Tapi bila aku lihat kiri kanan rasa suram ja. Kalau x, ada jugak moto dan kereta lalu, dan budak2 dok main.
Tapi time aku nak keluar tu xdak pulak. Aiseyman. Aku pon rase lain macam jugak. Rase takut pon ada. Tapi aku gagahkan diri jugak pergi hantar botol ke tempat mak. Masa tengah bawa basikal tu, aku sekilas pandang kat satu pokok durian ni, macam ada something ja dok berdiri elok molek. Putih kot. Nak kata orang bukan, tinggi jugak. Benda tu macam perhati aku ja. Aku apa lagi, bawa bukan main laju la. Padahal rumah bomoh depan tu ja. Aku brek basikal jangan tanya macam mana, korang bayangkanlah sendiri. Berdegup jantung ku, hihi. Aku nak bagitau sikit keadaan time tu. Aku bawa basikal, belah kiri aku ada TNB kosong sebab terbakar. Tepi tu ada padang kosong, yang warna putih tu berdiri sebelah kanan.Dekat pokok durian tu ada rumah kosong yang dah lama tuannya meninggal. Rumah bomoh yang aku pergi tu berhadapan dengan rumah kosong tu la. Ok sambung cita tadi. Dah masuk dalam rumah, aku lari pergi duduk belakang mak aku dan aku cerita apa yang aku nampak tadi. Mak ak terus bagitahu bomoh tu. Bomoh to cakap xde pape la tu. Tapi dia suruh cucu dia teman ak balik. Time aku balik tu la baru nampak motor dan kereta lalu lalang, dan budak2 dok lepak elok ja. Hampeh tol.. Keesokan harinya, mak ak bagitahu bomoh tu demam. Dia kata owner rumah yang aku kata dah meninggal tu datang dalam mimpi dia. Datang marah2 jangan dok pergi kemas rumah dia. Sebab bomoh ni dia rajin dok pergi sapu sampah kat hlaman rumah tu. Maklumlah rumah orang x duduk. Yang aku pelik, aku yang jumpa bende tu, alih2 tok bomoh pulak yang demam. Hahaa đꙂ
Cerita 3 :
Bende ni jadi masa aku belajar U dulu. Biase la buat assignment sampai lewat malam. Malam tu ramai jugak orang lain buat assignment kat meja study masing2. Aku duduk meja aku la. Masa pukul 12 tu yang lain dah masuk tido. Tinggal aku dan 2-3 orang adik2 housemate aku. Tapi aku sorang je kat meja study. Yang lain buat dalam bilik tapi pintu bilik terbuka la. Sambil duk buat keje, aku buka lagu kat laptop, campur al-quran, lagu omputeh, korea dan melayu. Jam aku tengok nak dekat pukul 3 pagi dah tapi mata aku x ngantuk lagi. Adik2 lain pon still x tido lagi. Aku pasang lagu sampai habis volume.
Tengah dok dgr ayt al-quran tu, elok lagi x de pape yang berlaku. Lepas pada tu aku macam terperasan fail aku bergerak. Aku perhati la tapi xde pape. Aku buat relax lagi dan sambung keje aku. X sampai berape minit, dia bergerak lagi. Dalam masa tu, salah sorang adik dalam bilik keluar nak panggil aku tapi dia x jadi nak panggil aku. Aku tanya, dia kate x de apa. Padahal aku dah perasan fail ak tadi. Dok sekejap, adik tu panggil aku suruh cepat bawa barang aku, pergi buat assignment kat bilik dia. Dia suruh aku tutup pintu. Aku pon ikut la cakap dia. Bila aku tanya, dia cakap angin kuat dan suruh temankan dorang buat keje je. Aku pon ok la malas nak pikir. Esok pagi otw nak pergi kelas, aku dan dia tibe2 tanya soalan yang sama pasal bende semalam. Dia pon cakap dia nampak fail aku bergerak. Aiyooo aku terus x kate apa. Tapi aku cakap kat dia, x payah nak takut la, kite x ganggu dia pon. Maybe dia nak main dengan kite kot time tu..

Tuesday, 3 October 2017

pengalaman pengawal keselamatan 2

Rishi memulakan tugas seperti biasa dan tiada kejadian aneh berlaku sepanjang dia kerja disitu, melainkan suis yang dia wajib tutup akan berada di kedudukan ON setiap kali dia menutupnya pada jam 2 pagi, tak kira lah sebelum tu dia dah switch off berulang kali. Rishi juga tak pernah berjumpa dengan guard shift siang. Dia ada tanya drebar van, siapa jaga shift siang tapi drebar tak tahu. So Rishi anggaplah guard shift siang habis pukul 3 ke, 4 ke so memang takde peluang nak berjumpa masa tukar shift.
Semuanya normal sehinggalah masuk bulan ketiga.
Hari kejadian ialah hari Sabtu. Van tak disediakan pada weekend dan biasanya Rishi pinjam motor kawan. It just that, sebelum tu Rishi ada berselisih faham dengan member yang ada motor tu, so hari tu takde transport. Mau tak mau, Rishi datang awal dalam jam 10 malam naik teksi dan planned untuk tidur di post guard aja. Malam itu hujan turun dengan lebat. Best dengan sejuk agaknye, Rishi tertidur dengan lena. Sekitar jam 3 Rishi terbangun dan bergegas keluar dari post guard untuk menutup suis fuse box. Sebaik sahaje dia berada di depan rumah, Rishi dapati rumah terang-benderang. Lampu-lampu semua menyala.
Cermin tingkap pakai stained glass menyebabkan dia tak dapat tengok siapa kat dalam rumah. Rishi mengetuk pintu depan tanya siapa kat dalam tapi takde sape membalas. Dia tengoklah kat lubang kunci pintu yang kecik tu.
Dari lubang kunci, Rishi ternampak seseorang berada dalam keadaan merangkak. Bukan merangkak macam baby tu tapi dengan tapak tangan dan tapak kaki semua kat lantai dan badannya melengkung ke atas, macam kucing. Rishi cakap orang tu bogel dan rambut panjang. Dia tak cam samada lelaki ke perempuan. Sambil tengok benda alah tu, Rishi ketuk lagi pintu cuba communicate dengan orang dalam rumah.
Semua dia panggil,…sir, ma’am, kakak, adik, abang, hey, hoi…semua lah…tapi orang tu tak menyahut. Nak pecah masuk, teringat Rishi ke amaran clientnya yang melarang masuk ke dalam rumah.
Tanpa membuang masa, Rishi called apek tua pakai handphone. Takde hello bagai, apek tua tu sebaik sahaje angkat phone terus marah-marah tanya “why you don’t switch off the fuse box!!!”
Macam tau-tau je apek tua ni. Rishi cuba la menipu cakap dia dah tutup tapi apek tu agaknya dah tau sangat, dia bentak Rishi cakap “don’t lie to me! I know you didn’t switch off the fuse box!”
Tak sempat Rishi nak tanya pasal orang dalam rumah, apek tua terus cakap “You leave the house now! don’t wait anymore! No need to switch off!! leave! leave!”
Rishi iya-iyakan aja dan hang up. Kerana rasa bersalah agaknya, Rishi pergi ke belakang untuk tutup suis fuse box. Sepanjang dia menuju ke belakang rumah, ada bayang-bayang di cermin tingkap mengekori dia dari tingkap ke tingkap.
Aku tanya Rishi, ko rasa apa benda dalam rumah tu? dia cakap mula-mula dia ingat orang, sebab dari cara apek tu marah-marah seolah macam acknowledge someone is in the house.
Bila Rishi dah ada kat belakang dan switch off fuse box dia tengok kat tingkap dapur. Tingkap dapur menurut Rishi cuma tengah-tengah je ada stain glass, dan bordernya transparent. Dari area transparent tu, ada separuh muka orang tengah tengok dia. Mata orang tu macam mata orang biasa dan kulit putih pucat sampai nampak urat-urat hijau berselirat kat wajah. Rambut hitam mengerbang.
Rishi angguk kecil sambil tersenyum tapi tiba-tiba wajah di tingkap bergerak sekeliling sampai ke bahagian atas. Logically speaking, mustahil kalau orang boleh buat macam tu.
Siapa-siapa ada kenal dengan security guard Gurkha Nepal, tau lah macam mana hati keringnya diaorang ni. Rishi cakap dia tengok makhluk tu dalam seminit dua, baru dia buat kesimpulan “that thing is not human”.
Rumah tu kembali gelap bila suis fuse box ditutup dan makhluk tu hilang dari tingkap. Rishi berjalan ke post guard. Hujan renyai-renyai dan dia planned nak call public taxi pukul 7 pagi nanti.
Baru nak sambung tido balik, Rishi dengar bunyi pintu rumah di hentak kuat macam ditumbuk berkali-kali. Bunyi hentakan berselang-seli dengan suara perempuan melolong. Tak jadi dia nak tido. End up dia melepak sampai ke pagi layan radio tamil. Bunyi tu hilang lebih kurang time subuh.
Sementara tunggu teksi datang, Rishi pergi ke rumah tu kejap buat check-up. Dia tengok dalam lubang kunci tapi tak nampak apa sebab gelap. Tombol pintu pun dia check, depan belakang pintu semua berkunci.
Sebelum meninggalkan rumah salah satu pintu dalam rumah di buka dan di hempas kuat 3-4 kali dan Rishi cakap sumpah dia terdengar ada suara halus dari dalam panggil…
“Abaaaanngg…abaaaanng”
Rishi tak ambil port dan terus ke post guard. By then baru dia faham kenapa apek tua offer gaji RM10 ribu.
By the time dia dalam teksi, baru dia perasan kat pagar ada mail box tertulis “Rumah Berhala xxx xxx”
(Bersambung)
***************************************************************************************************************
recording cerita si Rishi ni adala dekat 2 jam, berselang-seli dia borak kat handphone dengan member Nepal dia kejap, lepas tu dia pi kencing, aku pi kencing so nak extract tu take times juga.
Untuk menjawab persoalan-persoalan korang.
1. Rumah berhala ni tak semestinya kuil/tempat sembahyang. Rishi pun cakap rumah tu jarang ada orang datang kecuali si apek tua dan beberapa orang lagi. Dari cerita Rishi, aku rasa rumah tu store tempat simpan patung-patung berhala. Mungkin nama rumah berhala digunakan untuk tujuan surat menyurat, bil letrik contoh paling obvious lah sebab electricity masih ada.
2. Aku ada tanya Rishi pasal tutup suis pukul 2 pagi tu, tapi Rishi pun tak pernah tanya kat apek tu. So it’s a mystery on that part.
Itu salah satu ceritanya lah, ada lagi cerita pasal rumah tu. Rishi ni bukan berhenti kerja kat rumah tu sebab berhantu, tapi di berhentikan/dipecat disebabkan satu insiden yang berkaitan ke’angker’an rumah tu jugak la.

Monday, 2 October 2017

pengalaman pengawal keselamatan 1

Salah satu hobi aku ialah mengumpul cerita seram. Aku suka semua literatur yang berkaitan dengan dunia paranormal dan minat aku hanya setakat itu sahaja. Aku bukan pencari hantu macam Uncle Seeker. Aku ni jenis bila ko cakap “aku ada cerita hantu” je handphone aku dah siap di tangan untuk merakam.
Aktiviti pengumpulan aku bermula pada tahun 2005 apabila aku mula pakai handphone Sony Ericsson. Thanks to the audio recording function, aku mula merakam cerita-cerita seram yang disampaikan secara lisan. Sumber aku ialah orang-orang dalam hidup aku sehari-hari…kawan, kawan kepada kawan, keluarga, kenalan kepada keluarga dan sebagainya lah. Pendek kata, aku ni boleh tahan tak tau malu jugak lah suka hati je tanya orang randomly ada cerita hantu ke tak.
Boleh dikatakan aku dah mengumpul dekat 100 rakaman cerita hantu sejak dari 2005 sampai 2013. Lepas handphone aku kena rembat kat depan LRT Bandaraya 2 tahun lepas, aku malas nak buat collection dah sebab dalam handphone tu ada 5-6 rakaman yang aku tak transfer lagi.
Baru-baru ni aku transfer collection audio cerita seram ke cloud storage sambil layan semula recording-recording lama. Koleksi aku takdelah best mana pun sebab banyak cerita ulang-ulang terutamanya urban legends yang semua orang dah tau. Tapi salah satu yang menarik perhatian aku ialah kisah dari seorang security guard berbangsa Nepal.
Orang Nepal ni housemate aku sewaktu aku menyewa bilik di Balakong. Mamat Nepal ni kerja security guard dekat universiti aku dan nama dia Rishi. Disebabkan dia jaga shift malam, so jarang la aku jumpa kat rumah. Ada lah satu hari tu aku melepak dengan dia kat hall rumah, Borak-borak lama sikit tau lah serba sikit pasal Rishi ni. Rishi time tu dah 2 tahun kat Malaysia dan boleh speaking English, melayu tak berapa fasih.
Aku tanya dia banyak ke gaji security guard ni, dan Rishi cakap kalau tak banyak takdela jauh-jauh datang dari Nepal ke Malaysia cari duit. Aku tanya lagi, berapa gaji ko Rishi?
Rishi cakap, kerja kat universiti tu ok lah gajinya, tapi sebelum dia jadi security guard kat universiti aku, dia ada jadi jaga kat rumah orang. Gaji kat sana lagi tinggi. Dalam RM10 ribu.
Of course aku tak percaya, tapi aku layankan je. Aku tanya Rishi kenapa berhenti kalau gaji besar macam tu?
The moment Rishi cakap “rumah ada hantu”, aku tak tanya banyak…terus keluar handphone, buka audio recording dan tekan record.
Salah seorang rakan sekerja bagitau Rishi ada security job kat Bukit Tunku untuk graveyard shift 5 hari seminggu. Masa tu Rishi jadi guard kat kondo area Melawati dan dia tak suka kerja disitu, so memang mencari kerja tempat lain. Apa yang buat job tu menarik, gaji dibayar harian dan cash on the spot untuk setiap shift yang dia buat.
Kawan Rishi cakap kalau berminat, dia suruh contact orang ni. Long story short, Rishi berjumpa dengan client yang offer job tu kat mamak area Kota Damansara.
Client tu ialah seorang apek tua dan Rishi macam tak percaya dengan offer kerjanya. Jadi security guard rumah kosong dengan gaji RM400+ sehari dimana akan dibayar selepas shift tamat, on top of that Sabtu dan Ahad adalah off days. Now, Rishi bukan sebulan dua jadi security guard, dan dia tahu this kind of offer mesti ada something yang orang tua tu tak bagitahu. Bak kata pepatah inggeris, if it sounds to good to be true, then it is.
Rishi bertanya ke apek tua, what’s the catch? dan apek tua tu balas, itu je yang kau patut tau dan mahu atau tak?
Apa yang apek tua tu bagitau Rishi;
– Shift dari pukul 6 petang sampai 8 pagi keesokan harinya.
– Coverage area hanya sekitar luar rumah. Rishi di larang masuk ke dalam rumah.
– Pengangkutan pergi dan pulang disediakan sepanjang 5 hari bekerja.
– Upah hanya akan dibayar selepas shift tamat.
Rishi tiada masalah dengan semua tu tapi ada satu arahan yang Rishi rasa agak pelik, setiap hari dia kena switch off fuse box rumah tu pada pukul 2 pagi. Termasuklah Sabtu dan Ahad dimana Rishi kena singgah kejap semata-mata nak switch off fuse box.
Berulang-ulang apek tu cakap kena make sure switch off fuse box pukul 2 pagi. Bila Rishi cakap, kalau camtu dia tutup aja lah suis awal-awal, tapi berkeras client dia cakap kena tutup juga pukul 2 pagi, biarlah sebelum tu Rishi dah tutup berpuluh kali. Yang penting fuse box rumah kena di turn off pukul 2 pagi.
Gaji besar dan off days 2 hari, mana nak dapat kerja security macam tu. Walaupun macam ada yang tak kena tapi offer tu terlalu menarik untuk Rishi tolak, maka tanpa berfikir panjang, Rishi pun bersetuju.
Hari pertama dia bekerja, Rishi dijemput oleh van putih dan dia ingat lagi yang van tu masuk ke Jalan Parlimen, lepas tu masuk ke Tugu Negara kemudian terus ke dalam lagi, ada pusing round about kecil dan sampai ke tempat kerja.
Tiada apa yang menyeramkan tentang rumah itu sewaktu Rishi pertama kali sampai. Kalau nak banding dengan rumah lain kat area situ, nampak lah design outdatednya. Lamannya luas dan dikelilingi oleh hutan belukar tapi takdela tersorok sangat kerana dari post guard, Rishi boleh dengar trafik dari Mahameru. Rumputnya terjaga rapi dan ada kereta kancil kat parking bay. Maknanya rumah tu tak terbiar, cuma tak berpenghuni. Sebaik sahaje van meninggalkan perkarangan rumah, Rishi saja round sekeliling. Fuse box terletak di luar dinding belakang rumah dan agak tinggi kedudukannya, so Rishi kena pakai cota kalau nak tutup suis.

Sunday, 1 October 2017

penanggal tertanggal

Hello FS dan pembaca! Tdi terbaca kisah yg neneknya menuntut ilmu hitam teringat kejadian sendiri ternampak balan-balan, yg rupa-rupanya jiran sebelah hahaha kepada penulis tersebut, mungkinkah kita berjiran?
Ceritanya begini waktu aku habis kelas mengaji dalam pukul 10 macam tu. Waktu tu umur 14 tahun, budak lagi. Seperti kanak-kanak lain, kawan2 aku ni tak kenal musibat sikit. Suka ganggu orang yang baru balik dari masjid. Tak pasal2 tok imam pun pernah kena. Jadi dlm perjalanan pulang aku memang tak takut nak jalan sorang diri, kalau nampak something aku andaikan tu kawan2 aku la tuh. Tapi malam tu lain macam sikit feelingnya. Tetiba jantung dup dap dup dap nak kata takut tak nak kata tak takut pun tak. Aku memang dah sedia kuda-kuda bagi penyepak kat kawan-kawan aku kalau something berlaku. Angin malam tu sejuk gila, macam nak turun salji pun ada. Aku pun mempercepatkan langkah sebab aku ni mudah nak demam. Esok pulak ada latihan bola sepak. Tetiba macam ada something dalam belukar dan bunyi macam something menjilat sesuatu dengan rakusnya. Bunyinya macam shlap shlap shlap lah lebih kurang. Aku buat dek je, anjing kot pujuk aku.
Aku terus mempercepatkan langkah. Ahh rumah tak jauh lagi. Aku nampak kakak aku tengah basuh pinggan. Tapi bunyi shlap shlap tu macam ikut aku pulak. Waktu tu lah meremang bulu roma seluruh tubuh. Aku dah berpeluh-peluh walaupun waktu sejuk gila.Dan tetiba aku rasa tengkuk aku kena jilat! Rasanya macam kena jilat oleh lidah yang kasar! Aku pun apa lagi, lintang pungkang tak cukup tanah lari. Esok kalau kawan2 aku gelakkan aku memang kena lah diorang. Lari lari tu aku macam kena tolak dan aku jatuh tersungkur. Waktu tu lah aku nampak Aunty Balan-balan tu terapung apung tengok aku. Rupanya Astaghfirullah, dengan rambut mengerbangnya, mata merahnya dengan lidah panjang terjelir tengok aku macam aku ni lauk makan malam dia. Itu belum lagi bau hanyir menusuk hidung dengan usus-usus perut Aunty tu berwarna hitam pekat macam tar.
Aku pun jerit sekuat hati aku sampai bapak aku dengar. Sebab tempat aku tersungkur tu memang dah depan rumah aku. Bapak aku papah aku sambil azan kuat-kuat. Malam tu memang kecoh sekampung sebab ada 2 orang kena selain aku. Orang kampung siap gather depan rumah jiran aku sbb diorang suspek jiran aku lah dalang sebaliknya.
Esoknya aku terkena penyakit kulit yang misteri dari tengkuk dan belakang aku. Siap nanah2 lagi, seksanya siap aku sumpah seranah Aunty Balan-balan tu. Aku cakap kalau aku jumpa kau lagi siap lah kau sampai aku tarik-tarik organ dia tu. Betapa sengsara aku sampai dah tak pedulik dah. Nasib baik ada orang kampung yang tahu perubatan Islam datang jenguk. Dalam 4 hari macam tu aku slow2 pulih. Tapi imej Aunty tu memang sentiasa terpahat di ingatan. Ex girlfriend aku lagi aku dah lupa macam mana muka dia.

paranoid

Cerita 1 : 3 tahun lepas, adik ipar abang aku berkahwin. Tapi kenduri tu aku x dapat pergi sebab ada masalah sikit. Lepas habis kenduri do...